02 March, 2010

~ kAD pERkAhWiN ~

Pada 2 hari bulan March 2010, kami telah ditugaskan untuk mencipta satu karya atau rekaan sendiri seperti kad nama, poster, wallpaper dan sebagainya. Didalam tugasan ini, kami telah diberi syarat supaya menggunakan brushes tools dan juga pattern dalm menghasilkan karya kami. Saya telah memilih untuk menghasilkan kad perkahwinan . Berikut adalah langkah - langkah untuk menghasilkan poster ini :

Langkah Pertama:
  • Saya telah membuat kajian dengan melihat contoh - contoh yang telah saya perolehi.
  • Berikut adalah contoh - contoh yang telah saya perolehi


Contoh 1


Contoh 2




Langkah Kedua : Menghasilkan Bahagian Hadapan kad Perkahwinan
  • Buka file baru dengan ukuran weight 500 pixel x height 1000 pixel dan resolution 200 pixel.
  • Dengan menggunakan brushes tools > pilih brush yang dikehendaki dengan saiz sebesar 640.
  • Letakkan brush tersebut pada sudut yang dikehendaki. Tekan brush tersebut sebanyak 3 kali supaya warna brush yang digunakan lebih terang.
  • Seterusnya, menggunakan text tools > taip perkataan Utusan dengan format jenis Brush Script Std dan saiz 36 pt.
    • Pattern overlay dan stroke digunakan untuk menambah effect kepada perkataan yang telah ditaip.
    • Pada Pattern overlay > pilih pattern yang dikehendaki.
    • Pada stroke > pilih warna hitam iaitu kod #010208.
  • Ulang langkah yang sama seperti diatas untuk perkataan Raja dan Sehari.
  • Dengan menggunakan text tools > taip perkataan Zaleha & Hafiz. Format yang digunakan adalah jenis tulisan Freestyle Script, saiz 18pt dan menggunakan warna #080df3.
  • Begitu juga dengan perkataan 31 March 2010 yang dipaparkan. Dengan menggunakan jenis perkataan Vivaldi, saiz 11pt dan warna #e62106.
  • Untuk menjadikan latar belakang yang lebih menarik, penggunakan brushes dipraktikkan dalam layer yang seterusnya. Penambahan bunga yang terdapat pada sudut kiri dan kanan kad ini adalah dengan menggunakan brushes yang sama tetapi kod warna yang berbeza. Antara kod yang digunakan adalah #f68140 dan #f670ba.
  • Berikut adalah hasil yang telah diperolehi setelah menlaksanakan langkah-langkah diatas.




Langkah Ketiga : Menghasilkan Bahagian belakang kad perkahwinan.
  • Buka file baru dengan ukuran yang sama seperti bahagian hadapan weight 500 pixel x height 1000 pixel dan resolution 200 pixel.
  • Pada layer background penggunakan brushes dimasukkan.
    • Pilih brushes yang dikehendaki, menggunakan saiz sebesar 125 px.
    • Tekan brushes sebanyak 3 kali pada setiap tempat yang dikehendaki supaya warna yang dipilih menjadi lebih menyerlah.
  • Text tools digunakan untuk menaip teks yang terpapar pada kad.
  • Taip perkataan Walimatul Urus dengan menggunakan jenis perkataan Brush Script MT, saiz 16 pt dan Italic sebagai kesan yang lebih cantik.
  • Seterusnya menggunakan jenis perkataan Monotype Corsiva dan saiz 12pt, taip perkataan Fauzi Bin Mohammad, dan , Rokiah Bt Daud.
  • Perkataan - perkataan seperti  Dengan segala hormatnya menjemput, Dato / Datin / Tuan / Puan / Cik / Encik, Sekeluarga ke Majlis Perkahwinan, anak perempuan kami. adalah menggunakan format yang sama iaitu jenis tulisan Dutch801 Rm BT dan saiz 8pt.
  • Manakala jenis perkataan Monotype Corsiva dan saiz 12pt digunakan untuk Hafiz Bin Amin, dengan, Zaleha Bt Fauzi.
  • Menggunakan format Monotype Corsiva dan saiz 12pt, taip perkataan Pada 31 March 2010, di kediaman kami beralamat, No 14, Jalan Kubur, kg Dalam Rhu, 16300 Pasir Puteh, Kelantan., Aturcara Majlis:, 12 tgh - 5 ptg (Jamuan Makan) , 2 ptg (Sanding), Telefon:, dan 019-1234567 ( Fauzi ).
  • Setelah semua proses diatas dibuat, maka terhasillah kad perkahwinan seperti dibawah.



Rujukan:






0 comments: